MENU

Cabutan Bertuah Cukai Harta Majlis Bandaraya Iskandar Puteri 2023 - Jom Bayar dan Menang

Bagi tahun 2023, pihak Majlis Bandaraya Iskandar Puteri menawarkan hadian cabutan bertuah yang menarik bermula sehingga RM 200,000.00 dengan
Hadiah Utama berupa sebuah Kenderaan Perodua Myvi untuk dimenangi oleh pemilik harta yang bertuah.

Hanya dengan menjelaskan cukai harta MBIP secara atas talian atau tunai sebelum 15 September 2023 anda layak untuk menyertai cabutan bertuah ini.

Syarat kelayakan boleh dirujuk pada laman portal MBIP di (www.mbip.gov.my)

Bil Cukai Harta boleh dirujuk dan dibayar secara atas talian dengan mendaftar di laman portal e-bill cukai harta (mycukai.mbip.gov.my)

Syarat-syarat dan Terma Kelayakan.

1. Terbuka kepada semua pemilik harta Kategori Individu di dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri sahaja. KATEGORI SYARIKAT DAN
PEMAJU ADALAH DIKECUALIKAN
.

2. Pemilik mestilah menjelaskan bayaran tunggakan dan cukai harta semasa untuk tahun 2023.

3. Pembayaran mestilah dibuat sebelum atau selewat-lewatnya pada 15 September 2023.

4. Pemilik mestilah telah membuat permohonan pindahmilik Borang I (sekiranya harta telah dijual). Permohonan pindahmilik Borang I perlu
dikemukakan dengan lengkap sebelum tarikh tutup cabutan bertuah. Pemilik yang belum membuat pindahmilik tidak layak untuk menyertai cabutan bertuah.

5. Bagi pemilik yang telah diberi pengurangan cukai melalui Remisi TIDAK LAYAK untuk menyertai cabutan bertuah.

6. Kaedah Pembayaran Cukai Harta yang layak menyertai Cabutan Bertuah ini adalah melalui semua saluran DALAM TALIAN, KAUNTER PEMBAYARAN MBIP termasuk di UTC, KAUNTER BERGERAK, KAUNTER PEJABAT POS DAN MESIN KIOSK.

7. Tarikh tutup pembayaran cukai harta bagi melayakkan penyertaan Cabutan Bertuah adalah pada 15 September 2023 JAM 11.59PM.

8. Keputusan Cabutan Bertuah adalah muktamad dan tidak boleh dipertikai di dalam mana-mana mahkamah.

9. Bagi Hadiah Cabutan Bertuah yang tidak dituntut oleh pemenang dalam tempoh 180 hari selepas dimaklumkan akan dibatalkan dan menjadi hak milik Majlis.